Salam sejahtera pembaca sekalian,
Post saya kali ini dalam bahasa kebanggaan saya, Bahasa Melayu. Post kali ini tidak lah berunsur politik, tetapi berdasarkan pengamatan saya pada apa yang berlaku disekeliling kita.
Siapakah pemimpin? Apa yang pemimpin biasa lakukan? Apakah ciri-ciri utama seorang pemimpin?
Semestinya, seorang pemimpin itu adalah individu, yang mempunyai daya kepimpinan, mampu bertindak atas kapasiti seorang ketua, mampu membimbing kumpulannya dan yang penting yang meraih sokongan dan hormat secara tulen dari kelompok masyarakat pimpinannya. Pemimpin bukan lah individu yang dilantik oleh golongan tertentu, dan memaksa golongan tertentu menerima pimpinannya. Pada pendapat saya, penerimaan kepimpinan seseorang secara semulajadi dalam masyarakat adalah sesuatu yang sangat sukar, dan hanya individu yang berciri pemimpin sahaja boleh melakukannya.
Tidak kiralah sama ada di pejabat atau mana-mana organisasi, takrifan pemimpin adalah tetap sama seperti diatas.
Apabila pemimpin itu diterima secara semulajadi, maka apa jua keputusannya sangat dihormati. Kumpulan di bawah pimpinannya akan menerima secara bulat hati, dan menganggap keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan kumpulan, dan tidak bermotifkan matlamat tertentu. Maka, secara tidak langsung, proses membuat keputusan, dan pentadbiran kumpulan akan berjalan dengan mudah dan lancar.
Apabila pemimpin ini berkata-kata, sebulat suara akan bersetuju tanpa soal jawab. Pendapat pemimpin ini sangat dinanti-nanti oleh kumpulan pimpinannya. Kehadirannya dalam sesuatu majlis, atau himpunan sangat dialu-alukan. Sokongan yang diterima adalah bukan paksaan. Maka pemimpin ini tidak perlu risau sedetik pun akan kesetiaan ahli-ahli kumpulan nya.
Bagaimana untuk menjadi pemimpin yang disanjungi sebegini rupa?
Pemimpin ini seharusnya bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Ada masa perlu tegas, maka tegas lah dia, ada masa perlu bergurau senda, maka ketawa lah dia.
Pemimpin ini, apabila dikritik, menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk berubah.
Pemimpin ini, pandai dan bijak membuat keputusan secara kolektif, dan bukan berdasarkan tanggapan individu.
Pemimpin ini, apabila tiba masanya dia mengkritikan anak buahnya, kritikan akan dibuat secara terus tanpa berselindung, tetapi ahli kumpulannya tetap menerima kritikannya tanpa banyak soal, sementelah mengetahui itu adalah untuk kebaikan dirinya juga.
Pemimpin ini, sentiasa berfikir kehadapan, tidak sesekali menyalurkan negativity kepada kumpulannya, dan tahu hala tuju kumpulan pimpinannya.
Adakah anda pemimpin berciri sebegini? Tidak kiralah kumpulan sekecil mana pun atau sebesar manapun, pemimpin berkualiti melahirkan kumpulan yang disegani dan kuat, bersatu padu, senada dan tiada cakap-cakap belakang.
Latihlah dan bentuklah diri agar menjadi pemimpin yang berwibawa di mada hadapan kelak.
Kesilapan yang dibuat pada hari ini adalah guru pada masa hadapan.
Salam ceria...
Saturday, July 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Penjelasan yang tepat dan padat.
Apabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam, terdapat berbagai-bagai peringkat dan pemimpin di pelbagai bidang dan jurusan.
Dari kalangan mereka, ada yang menjadi pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin daerah, pemimpin mukim, pemimpin kampung, pemimpin tentera, pemimpin politik, pemimpin dakwah,pemimpin budaya dan kesenian, pemimpin pendidikan,pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi,pemimpin belia, pemimpin rumah tangga dan lain-lain....
please click http://ikhwantoday.com/minda/hasil_cari.php?recordID=123
Post a Comment